Selasa, 08 Mei 2012

Cerpen : Bila aku Jatuh Cinta

Oleh : Nurrizzwana Cik Zull
“kenapa awak nangis?” soal satu suara. Namun gadis itu masih leka membenamkan mukanya ke lutut. Sesekali kedengaran esak tangis.
“saya Tanya kan. Jawab la. Kenapa awak nangis?” soal suara itu lagi.
Masih tiada jawapan. Kedengaran suara itu mengeluh.
“saya kira sampai tiga. Kalau awak tak jawab jugak, saya tolak awak masuk sungai depan ni.” Ugut suara itu.
“kenapa awak nangis??” diam. “satu…. dua…. ti…..” belum sempat dia habis mengira, kedengaran satu suara.
“saya punya suka la nak nangis atau tak! Awak sibuk kenapa????” marah budak perempuan itu.
“ha! Ada suara pun. Ingatkan bisu tadi.” Dan dia duduk bersebelahan budak perempuan yang kembali memeluk lutut setelah memarahinya.
“hey. Awak ingat, awak comel ke bila nangis macam ni? Da macam beruk tau tak? Tapi Saya rasa, beruk lagi comel dari awak.” Ujar budak lelaki itu setelah suasana sepi antara mereka.
Dan dia buat muka selamba bila budak perempuan itu menjelingnya.”ea.. pergi main jauh jauh boleh tak? Saya nak nangis ni.”
“tak boleh. Saya nak duduk sini jugak. Sebelah awak.” “eh. Dah la. Awak jangan la nangis. Tak cantik la. Lagipun, saya tak suka la dengan orang yang suka nangis ni. Macam budak budak.”
“kalau tak suka, pergi la tempat lain. Saya tak suruh pun awak duduk sini.” Marah budak perempuan itu sambil menolak nolak budak lelaki disebelahnya. “pergi la! Pergi la!” namun budak lelaki itu hanya membatukan dirinya.
“saya tak nak pergi selagi awak tak berhenti menangis.” “saya nak Tanya. Awak rasa awak comel tak?” laju budak perempuan itu mengangguk.
“lepas tu, budak yang comel ada ke menangis sampai comot? Tengok awak tu. comot dengan hingus.” Budak perempuan itu menjuihkan bibirnya. Dia mengelap hingus menggunakan belakang tapak tangannya.
“eeee! Pengotor. Mama saya kata, mana boleh buat macam tu. nanti kuman. Awak kena balik cuci tangan dengan dettol.”
“dettol?? Benda apa tu? berus basuh pinggan ke?” soal budak perempuan itu.
“berus basuh pinggan??? Bukan la! Itu sabun mandi. Untuk bunuh kuman. Awak tak tengok tv ke?” dan budak perempuan itu menggeleng.
“rumah nenek saya tak ada tv.” Budak lelaki itu mengangguk.
“rumah saya ada. Awak nak datang tengok kat rumah saya tak nanti? Boleh saya tunjuk iklan tu kat awak.” Dan budak perempuan itu mengangguk teruja.
“nama saya Nazrin.. awak?”
” Auni.”
“Nazrin!!!!!” panggil satu suara.
“eh. Mama saya panggil la. Saya kena balik ni. Rumah saya kat situ. Yang dua tingkat tu. awak kat mana?”
“saya kat tepi surau. Rumah warna kuning.”
“ok! Awak jangan lupa cuci tangan dengan dettol tau??” Auni mengangguk walaupun dia sendiri pun tak tahu apa itu dettol.
**************************************************
“selamat pagi kelas. Hari ni kita ada kawan baru. Baru pindah dari johor. Ok Nazrin. Awak kenalkan diri awak dulu.” Ujar guru kelas 3 hijau.
“hai. Nama saya Ahmad Nazrin Hilmi bin Ahmad Bahari. Saya duduk dekat Johor dulu.”
“Auni. Awak tengok tu. dia pandang awak.” Auni yang sedang leka menyiapkan latihan matematiknya mendongak.
“apa?” dan dia ternganga melihat budak lelaki yang berdiri dihadapan kelas. Sementara budak lelaki itu tersenyum melihatnya.
“hai! Kita jumpa lagi. Hari tu tak sempat nak Tanya awak kelas mana.” Ujar Nazrin setelah melabuhkan punggungnya ditempat berhadapan Auni.
“Auni. Awak kenal dia ke?” bisik Sarah. Dan Auni mengangguk laju.
“nie Sarah.” Auni memperkenalkan kawan baiknya yang duduk bersebelahan.
“dan saya Syamil!” budak lelaki depan Sarah menyampuk.
“kau ni sibuk la Mil!” marah Sarah. “mulai harini, awak join kumpulan kami tau?” ajak Sarah. “ada awak, saya, Auni dan Syamil. Kita jadi kawan baik. Sampai bila bila. Sampai besar!” ujar Sarah teruja. Nazrin mengangguk.
*************************
“awak dah cuci tangan awak?” soal Nazrin ketika mereka berempat sedang menjamu selera di kantin sekolah.
Auni yang baru nak suap bekalnya tersentak. Selama ni tak ada sapa pun pernah tegur dia macam tu.
“tangan saya bersih ok?” ujar Auni sambil menyuapkan nasi goreng ke mulut. Tidak mempedulikan bebelan Nazrin.
“mana awak tau? Mama saya kata, sebelum makan, kena basuh tangan. Takut kuman.”
“awak ni penakut la. Kuman awak takut. Gelap awak takut. panjat pokok takut, mandi sungai pun takut. pacat la. Semuanya awak takut.” marah Auni. “awak tu lelaki. Berani la sikit.” Bebel Auni sebelum menyambung makan. Nazrin diam. Tunduk sambil menjuihkan bibirnya.
“tapi masih kena cuci tangan sebelum makan. Nanti sakit perut.”
“saya makan pakai sudu. Kalau awak nak cuci sangat, pergi la.”
“Sarah nak ikut Nazrin.” Ujar Sarah sambil membontoti langkah Nazrin kesingki.
“kenapa kau garang sangat dengan dia. Dia budak pekan la. Mana tau hidup kita ni. Tapi kau selalu tengking tengking dia.”
“biar la.”
“hish. Kau ni. Baru darjah tiga. Dah garang macam ni. Aku tak tau la besar nanti kau macam mana.”
“kau nak tak nasi goreng aku ni? Kalau nak, jangan nak bising dekat aku. Nanti aku tak bagi.” Ugut Auni.
“eleh! Aku pun ada ni. Mak aku masak pagi tadi.” Syamil menunjukkan bekal yang dibawanya.
*********************
“Nazrin!!!! Nazrin!!!!” laung Syamil dari halaman rumah keluarga Nazrin. Muncul seorang wanita muda dari beranda. “makcik, Nazrin ada?”
“Nazrin ke pekan dengan ayah dia. beli basikal. Kenapa?”
“bila Nazrin balik mak cik?”
“petang nanti balik la.”
“nanti bila dia balik, mak cik cakap, Auni nak pindah Kuala Lumpur. Petang nie bertolak. Pukul dua.”
Nazrin termenung sepanjang perjalanan pulang. Sesekali dia tersenyum mengenangkan perbualannya tempoh hari bersama Auni.
“nanti saya beli basikal macam Syamil, saya bawa awak pergi sekolah.” Auni merenung Nazrin. Sesekali dia menyeka peluh yang membasahi dahinya.
” Awak nak bawa saya? Sarah macam mana?” soal Auni.
Diantara mereka berempat, hanya Syamil seorang yang memiliki basikal. Dan selalunya, dia dan Sarah akan bergilir gilir membonceng Syamil pulang dari sekolah.
“Syamil bawa Sarah, saya bawa awak. Nanti cepat sikit kita sampai rumah bila ada dua basikal. Jadi, Syamil tak payah la bawa basikal pelan pelan lagi sebab nak tunggu kita jalan kaki.” Auni mengangguk.
Bijak jugak budak pekan ni.
“ok. Awak beli la basikal. Nanti boleh saya naik basikal awak.” Ujar Auni teruja. Nazrin mengangguk laju.
“kamu kenapa Yen? Dari tadi ayah tengok. Kamu senyum sorang sorang ni.” Soal En Bahari.
“tak ada apa apa yah.” Jawab Nazrin malu malu.
Dalam hatinya, tak sabar nak tunggu sekolah isnin ni. Boleh bawa Auni naik basikal. Eh tak! Tak sabar nak sampai rumah. Nak tunjuk basikal baru dekat Auni.
********
“awak jangan lupa kami tau Auni.” Ujar Sarah sambil teresak esak.
Auni mengangguk. Lama dia diam. Matanya dah puas menangis. Dari semalam lagi. Bila dia mendapat tau, kehadiran ayahnya kekampung kali ini adalah untuk menjemputnya tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Puas dia menolak, menangis. Namun kali ni ayahnya tekad. Dia dan neneknya harus pindah ke kuala lumpur.
“ni untuk awak.” Suara Sarah mematikan lamunannya. “saya tak ada apa apa. Cuma subang ni ja. Awak ambil la kat awak.” Sarah menghulurkan sepasang subang miliknya. Auni menggeleng.
“saya ambil awak punya, awak ambil yang ni.” Dia membuka subang yang dipakainya lalu ditukar dengan subang milik Sarah. “ni kenangan kita.” Sarah mengangguk.
Syamil yang menjadi pemerhati sejak tadi mengalirkan air mata. Dia bakal kehilangan seorang sahabat yang dikenalinya sejak dari kecil.
“aku pun nak bagi barang dekat kau. Ni. Ambil pensil ni. Aku tau, dari dulu kau teringin pensil ni kan?” Syamil menghulurkan sebatang pensel tekan kepada Auni.
“ni pensil kesayangan aku. Aku beli guna duit aku tau. Kau jaga baik baik.” Auni mengangguk.
“Nazrin tak ada?” soal Auni sambil mencari kelibat Nazrin. Syamil menggeleng.
“dia pergi pekan. Beli basikal.” Jawab Sarah perlahan. “tunggu la sampai dia balik. Pujuk la pak cik.” Rayu Sarah. “nanti mesti dia merajuk kalau tau awak pergi tak bagitau dia.”
“Auni. Jom sayang. Kita dah lambat.” Panggil ayahnya. Auni tunduk.
“saya pergi dulu. Awak bagi ni dekat Nazrin. Nie untuk awak.” Auni menghulurkan dua helai sapu tangan miliknya kepada Syamil. “jangan lupa bagi dekat dia tau?” laung Auni sebelum meloloskan diri kedalam kereta.
Auni merenung cincin yang diberi Nazrin dua hari lalu.
“nah! Untuk awak.” Ujar Nazrin sambil menghulurkan satu cincin plastik ungu kepada Auni.
“untuk saya? Apa nie?” soal Auni pelik. Dia menyambut cincin tersebut. dibeleknya cincin berukir bentuk bintang itu. cantik.
“saya main tikam kat kedai cik Mat tadi. Pastu dapat benda ni. Saya mana boleh pakai. Saya bagi awak jela.” Ujar Nazrin ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Auni mengangguk.”ok. saya terima.”
**************************************
Nazrin merenung keluar tingkap.
“kalau kamu nak jumpa Auni tu lagi, kamu belajar la pandai pandai. Nanti boleh sambung belajar dekat kuala lumpur, boleh kamu jumpa dia.” ujar mamanya ketika dia mengusulkan cadangan supaya mereka sekeluarga berpindah ke kuala lumpur.
Nazrin diam. Memikirkan kebenaran kata kata mamanya. Pantas dia mendapatkan mamanya yang sedang menjahit.
“ma! Betul ke, kalau Ayen belajar pandai pandai, boleh pergi jumpa Auni dekat kuala lumpur?” soal Nazrin ingin tahu. Puan Zainab mengusap kepala anak tunggalnya itu. perlahan dia mengangguk.
“kalau Ayen pandai, Ayen dapat la jumpa Auni kat kuala lumpur nanti.”
“Ayen nak cakap dengan Sarah dengan Syamil. Nak suruh diorang pun belajar pandai pandai. Nanti boleh pergi jumpa Auni.” Ujar Nazrin lalu berlari keluar. Puan Zainab menggeleng mengenangkan telatah anaknya itu.
**************************************************
15 tahun kemudian…
“Mil. Saya kat bawak pejabat awak ni. Awak turun la. Kita pergi makan. Ayen pun ada sekali.” Ujar Sarah sebelum mematikan talian telefon.
“aku pergi makan dulu, nanti aku settlekan mana yang tak siap. Kawan aku dah tunggu.” Syamil berlari keluar.
“wei korang!” laung Syamil pada Sarah dan Nazrin yang berteduh dibawah pokok.
“lambatnya awak. Saya dah lapar dah ni.” Sarah memuncungkan mulutnya.
“ollolololo… tengok tu Yen…ada orang bawak ampaian baju la. Boleh gantung tai aku ni.”usik Syamil sambil menarik hidung Sarah. Nazrin ketawa mengekek melihat telatah dua sahabat baiknya itu.
“bestnya kalau Auni ada sekali.” Detik hatinya.
“kau kenapa Ayen? Tiba tiba termenung? Rindu kari kepala ikan kedai mamak tu ke?”soal Syamil sambil berjalan beriringan dengan Nazrin.
“cepat la si kaki pendek!” laung Syamil pada Sarah yang terkedek kedek mengejar mereka.
“tunggu la. Korang ni. Selalu tinggal saya!”
“tu la. Tak sapa suruh pakai kasut tumit tinggi. Lain kali pakai selipar ja bila nak keluar makan.” bebel Syamil.
“aku teringat kat Auni la. Mesti best kan kalau dia ada sekali.” Syamil mengangguk.
“aku pun…dah lama tak jumpa dia kan? Aku ingat dulu, bila aku sambung belajar kat kl ni, aku dapat jumpa dia. macam yang mama kau cakap. Tapi tak pernah jumpa.”ujar Syamil perlahan.
“entah la Mil. Aku pun tak tau nak cari dia kat mana dah. Tak pernah jumpa. Alamat rumah yang dia bagi dulu pun tak ada. Dia dah pindah lepas nenek meninggal.” Nazrin mendongak. Cuba menahan air matanya.
“sabar la Yen. insyaAllah. Nanti mesti kita jumpa punya dia tu.” pujuk Syamil.
Dia tahu, Nazrin rindukan Auni. Dia juga. Dan dia tahu, Sarah lagi rindukan Auni. Mereka membesar bersama. Mana mungkin perasaan itu tak wujud.
“Sarah, awak nak makan apa? Saya ambilkan.” Ujar Syamil sambil meninjau ninjau lauk yang terhidang.
“Saya ambil sendiri. Kalau awak, mesti awak ambil banyak sayur kat saya. Saya tak suka sayur kan.” Rungut Sarah.
Dia mendapatkan Syamil. Meninggalkan Nazrin keseorangan di meja. Nazrin menghirup teh o ais yang terhidang. Matanya meliar keluar kedai. Tiba tiba dia terlihat sesuatu. Seseorang yang teramat dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang. Pantas dia berlari keluar. namun hampa. Wajah itu tiada lagi.
“kau kenapa Yen?”soal Syamil setibanya dia dihadapan Nazrin. Dia pelik bila melihat Nazrin berlari keluar ketika dia dikaunter pembayaran. Nazrin menggeleng.
“Nampak macam Auni tadi.” Ujar Nazrin perlahan.
“mana?” soal Syamil sambil memerhati sekeliling.namun tiada sesiapa di kaki lima kedai. “kau terlalu fikirkan Auni ni. Sampai Nampak dia. mana ada dia.” pujuk Syamil. Nazrin mengangguk.
“mungkin.” Nazrin mengeluh. Mereka mendapatkan Sarah dimeja makan.
**************************************
“kak. Lia balik awal tau harini. Nak jumpa kawan kejap.”Auni mengangguk
“asyik balik awal je. Potong gaji la macam ni.” Usik Auni. Dia membetulkan gaun pengantin yang dipakai patung. Azilia tersengih.
“kalau akak potong, siapa nak bayar bil elektrik dengan bil air rumah nanti??” soal Azilia. Dia turut membantu kakaknya.
“Lia la. Potong la duit shopping tu.”
“Ala. Akak ni. Kedekut la.”rengek Azilia. Auni ketawa.
**********
Nazrin mengelap peluh yang membasahi dahinya. “hish. Time sesak macam ni la kereta nak rosak. Time cuti tak nak pulak dia rosak. Tak pasal pasal aku kena balik naik tren.” Rungut Nazrin.
Dia memandang sekelilingnya yang sesak. Hingga dia terpaksa berdiri. Tiba tiba matanya terhenti pada satu raut wajah. Wajah yang amat dikenalinya. Auni! Belum sempat dia ingin menegur, gadis itu pantas turun apabila tren diberhentikan.
“tumpang lalu. Saya nak turun.” Ujar Nazrin sambil meloloskan diri dalam lautan manusia yang memenuhi tren tersebut. dia memerhati sekeliling.
“adoi! Hilang lagi!” namun tak lama. Apabila wajah itu kembali muncul saat Nazrin ingin berpaling. Pantas dia mendapatkan gadis tersebut.
“Auni!” laungnya. Dan gadis itu berpaling. Nazrin tersenyum lebar!
**************************************
“kak, petang tadi kan, masa Lia balik, Lia jumpa seorang lelaki ni. Kat stesen.” “dia panggil Lia, Auni. Lama tak dengar orang panggil Lia dengan nama tu. teringat kat arwah papa. Dia suka panggil Lia Auni.” Ujar Azilia ketika mereka berdua sedang menikmati makan malam.
“ala. Kalau Lia nak sangat orang panggil Lia Auni, nanti akak panggil. Auni!” usik Auni sambil ketawa. Seboleh bolehnya, dia tak mahu adiknya mengungkit soal arwah kedua ibu bapanya itu.
“tak nak la. Tu kan nama akak. Tapi kalau ada yang nak panggil, Lia okay je. Dan bukan akak ye orang tu.” Azilia tersengih.
“akak tau, dia cakap, dia kenal dengan Lia. Tapi Lia sendiri pun tak pernah tau dia siapa kak.” Sambung Azilia lagi.
“nak ngorat Lia la tu. pura pura pulak.”
“entah la kak. Tapi dia Nampak macam jujur. Siap bagitau nama lagi. Kot kot Lia kenal. Nama dia Nazrin.” Auni tersedak. Azilia menghulurkan tisu kepada kakaknya.
“Nazrin?” soal Auni kembali. “dia cakap apa lagi?” soal Auni pantas. Dalam ingatanya, hanya terfikirkan Nazrin kawan baiknya dulu.
“tak cakap apa pun. Dia ketawa bila Lia cakap Lia tak kenal dia. pastu dia cakap, lambat laun nanti, mesti Lia kenal dia punya la nanti.”
Auni mengangguk. ‘tak mungkin la Nazrin yang aku kenal tu.’ detik hatinya.
***********************************
“hai awak.” Tegur Nazrin pada gadis yang baru turun dari tren. Azilia mendongak. ‘lelaki semalam. Apa dia nak?’
“awak nak apa?”soal Azilia pantas. Dipeluk erat beg miliknya. Dia merenung lelaki dihadapannya atas bawah. Dengan kemeja berTai nya, seluar slack hitam. Smart. Dan Azilia terkaku seketika dengan apa yang dilihatnya.
“hai!” panggil Nazrin pada gadis yang seakan akan beku dihadapannya.
“ha. Kenapa?” soal Azilia.
“awak Auni kan?” soalan gadis itu dibiarkan tergantung. Azilia mengangguk.
“ha ah, Auni.. kenapa?” soal Azilia kembali. ‘betul la nama aku Auni. Auni Azilia. Kenapa dengan dia ni? Lain macam ja.’ Detik hati Azilia.
“awak tak ingat saya? Saya Nazrin.” Ujar Nazrin. Azilia diam. lama.
“Nazrin?” soal Azilia kembali. dia menggeleng kepalanya.
“tak pa la kalau macam tu. tapi boleh kita kawan?” ujar Nazrin. Azilia merenung lelaki dihadapannya.
“kan betul cakap kakak. Awak nak mengorat.” Ujar Azilia selamba.
“apa?” soal Nazrin. Rasanya dia dengar apa yang diucapkan gadis ini. Cuma kurang jelas.
“kita kawan?” ujar Nazrin lagi. Akhirnya Azilia mengangguk sebelum berlalu pergi. Nazrin tersenyum.
“mungkin awak tak ingat. Tapi saya akan buatkan awak ingat semua cerita kita.” Nazrin yakin. Itu Auni.
******************************
Nazrin memerhati sekeliling. Sudah lima hari berturut dia jadi penunggu setia disini. Di stesen ini. tempat dimana dia akan bertemu Auni. Namun hari ini wajah itu tiada. Matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang menunggu tren. Gadis ayu berskirt labuh dengan t-shirt lengan panjang. Rambutnya yang panjang hanya dibiarkan lepas. dia seakan akan terpaku. Dan bila gadis itu berpaling, dia terdiam. Auni! Dia ingin mengejar. Namun tiba tiba bajunya ditarik. Dan gadis itu pantas menaiki tren yang baru tiba.
“hai awak!” ujar Azilia.
Dia berpaling. Auni dihadapannya. namun siapa yang dilihatnya sebentar tadi? Dia keliru. “awak tengok apa?” soal Azilia sambil memandang ketempat yang dilihat Nazrin sebentar tadi. Nazrin menggeleng.
“jom. Semalam awak tunjuk tempat kerja awak. Jumpa Syamil dengan Sarah. Hari ni saya pulak yang tunjuk tempat saya kerja. Boleh jumpa kakak saya.” Ujar Azilia sambil tersenyum.
“kakak?” soal Nazrin pelik. Sejak bila Auni ada kakak? Dia Cuma cakap dia ada adik perempuan seorang ja.
“ha ah. Kakak saya. Jom la.” Nazrin hanya menurut.
Nazrin merenung papan tanda butik tersebut setibanya mereka dihadapan tempat kerja Azilia. ‘LoveNest Boutique’.
“ni butik kakak saya. Saya kerja sini dengan dia.” ujar Azilia. Dia menarik lengan Nazrin supaya mengikutinya.
“hai kak.” Tegur Azilia sambil memeluk satu tubuh yang sedang mengelap meja. Nazrin berdebar. Namun bila susuk tubuh itu berpaling. Hatinya lega. “awak. Nie kak Eina, pembantu kakak.”
‘pembantu kakak? Maknanya ada lagi seorang yang dia perlu jumpa. Kakak kepada Auni.’ Detik hatinya.
“kak!” laung Azilia kuat.
“bising la budak ni. Nak apa?” soal Auni lalu keluar dari pejabat miliknya.
Nazrin diam. Suara itu. Dan dari ekor matanya, dia Nampak dengan jelas, gadis yang sedang menghampirinya, berskirt labuh. Persis skirt yang dilihatnya di stesen tadi. ‘tak mungkin!’
“Lia nak kenalkan akak dengan kawan yang Lia cerita tu.” suara Azilia kedengaran gembira.
‘Lia????? Siapa Lia?’ Nazrin kalut sendirian.
“kawan yang nak ngorat Lia kat stesen tu ke?” soal Auni. Azilia tersengih.
“kenalkan. Ni Nazrin. Dan ni kakak saya. Auni.” Auni tergamam bila lelaki itu menoleh.
‘Ayen.’ Ujarnya perlahan.
Namun melihatkan raut gembira adiknya, dipendamkan apa yang dirasakannya saat itu. Nazrin merenung gadis dihadapannya. kedua duanya Auni. Tapi mana satu Auni yang dikenalinya sejak kecil? Dia sendiri buntu.
“awak cakap nama kakak awak Auni.” soal Nazrin. Azilia mengangguk.
“ha ah. Kakak saya Auni. Auni Athirah. ”
“awak?”
“Lia.” jawab Azilia pendek.
“tapi kenapa awak cakap awak Auni?” soal Nazrin bengang.
“memang saya Auni pun. Auni Azilia.” Nazrin diam. Auni juga. Azilia jadi pelik. Tadi ok. Tiba tiba jadi senyap dua orang ni.
“saya ada kerja. Saya pergi dulu.”ujar Nazrin sebelum melangkah keluar. Azilia mengejarnya.
“kejap. Awak kenapa? Awak tak suka saya kenalkan dengan kakak saya ke?” soal Azilia. Nazrin menggeleng.
“saya sibuk, saya pergi dulu ok.” Azilia hanya mampu memandang langkah kaki Nazrin yang semakin menjauh.
Auni berpura pura membetulkan gaun pengantin dihadapannya ketika Azilia melangkah masuk.
“pelik la. Tadi ok je. Tiba tiba jadi lain macam.” Rungut Azilia. Auni pura pura tak dengar.
“kenapa Lia?”soal Auni apabila melihat wajah muncung Azilia.
“tah la. Tadi ok je. Tiba tiba Ayen jadi pelik. Jangan jangan dia jatuh hati dengan akak tak? Sebab akak cantik sangat harini.” Usik Azilia sambil ketawa.
“banyak la kamu. Dah, pergi lap habuk kat sana.” Auni pura pura marah.
Dalam hatinya, dia sendiri tidak tenang setelah kejadian sebentar tadi. ‘macam mana nak bagitau Lia yang aku dah kenal Nazrin tu sejak dulu lagi.’
***************************
“la!! Kau cakap jela dengan Lia tu. yang kau tu sebenarnya nak kakak dia. bukan dia. mesti dia paham punya la.” Ujar Syamil selamba. Sarah disebelahnya hanya membisu.
“patutla hari tu bila saya peluk dia, dia macam tak kenal ja. Saya pun pelik juga. Tapi dah Ayen cakap dia Auni. Saya diam jela. Mungkin dia lupa. Tapi…” Sarah bersuara setelah lama membisu.
“entah la. Ayen pun tak pasti. Ingatkan itu Auni. Sebab muka, suara. Hampir serupa. Nama pun sama. Yang berbeza hanya nama belakang.”
“erm, kalau aku pun, boleh salah orang. Nama sama. Muka pun sebijik. Cuma dia tak kenal kita ja. Tapi kalau kau tak suka Lia tu, kau cakap la. Nanti dia terus berharap.”
“aku tak tau macam mana nak cakap. Auni pun macam mengelak bila aku ajak jumpa.”
“awak nak siapa sekarang ni? Auni atau adik Auni?” soal Sarah meminta kepastian.
“Auni.” Ujar Nazrin perlahan.
“dah tu, sekarang, kau telefon, cakap dengan Lia, kau suka kakak dia. habis cerita.” Sarah mengangguk. Mengiakan kata kata Syamil. Betul. Segalanya harus ditamatkan.
******************************
Pintu dikuak. Sarah berdiri memerhati satu susuk tubuh yang sedang leka mengemas. “Auni.” Panggil Sarah perlahan. Auni berpaling. Dia kaku melihat gadis yang muncul dihadapannya.
“Sarah.” Ujar Auni perlahan. pantas Sarah dipeluknya.
“saya rindu awak…” ujar Sarah perlahan.
“saya pun. Saya cari awak kat kampung hari tu. tapi mak awak cakap, awak kerja dekat sini.” Sarah senyum.
“jom kita duduk kat situ.” Pelawa Auni. Mereka menuju ke sofa.
“awak ada jumpa Ayen?Dia cari awak lama dah.” soalan Sarah membuatkan Auni terdiam. Perlahan lahan dia mengangguk.
“jumpa. Dia datang dengan adik saya. Diorang berdua sepadan betul.” Ujar Auni sambil ketawa.
Sarah diam. ‘Auni. Kalaulah awak tau yang Ayen salah sangka antara awak dengan adik awak.’
“awak tau, mama Ayen cakap, kalau kami bertiga belajar pandai pandai, kami boleh jumpa awak kat sini. Pastu bila kami dapat tawaran kesini, Ayen antara orang paling gembira sekali. Sebab dia nak sangat jumpa dengan awak. Tiga tahun kami kat uitm, dia tak pernah lupakan awak. Tiap hujung minggu, mesti dia ajak saya dengan Syamil keluar. dengan harapan dapat jumpa awak. Tapi tak pernah jumpa.” Sarah menyeka air matanya.
“Sampai la satu ketika, dia jumpa awak dalam tren. Saya tak percaya. Tapi dia yakin tu awak. dia silap. Mungkin sebab dia terlalu sangat nak jumpa awak, sampai dia salah orang. Dari raut wajah yang hampir serupa, nama. Buatkan dia betul betul percaya. Itu awak.”
Auni senyum. “saya tengok dia bahagia. Dari cerita Lia, Ayen bahagia sangat bila dengan dia. sebab tu, saya rasa saya tak patut muncul. Biar macam ni. Ayen gembira, adik saya pun gembira.” Ujar Auni perlahan.
“tapi waktu tu dia ingat tu awak. kalau la dia tau tu bukan awak…..”
“biar la. Saya tak kisah. Asalkan adik saya bahagia. Saya sanggup.”
“awak sukakan Ayen?” lama Auni diam.
“soal apa saya rasa, biarkan la. Saya tak nak fikir. Yang penting sekarang adik saya.”
“kak!” laung Azalia apabila pintu butik dibuka. Ditangannya terdapat sebungkus plastik. Pantas Auni menyeka air matanya.
“awak jangan bagi tau adik saya soal Ayen. Dia tak tahu kami kenal.” Ujar Auni. “akak kat sini.”
“Ayen belanja akak jagung. Dia kata kalau Lia suka jagung mesti akak pun suka makan.” Azilia pantas mendapatkan Auni.
“eh Sarah. Buat apa kat sini?” soal Azilia. “akak kenal Sarah?” soal Azilia.
“ha?err..”
“tak. Saja masuk sini tengok pakej yang ada. Sa.. saya nak balik dah ni. Erm, ada kad nama?” soal Sarah. Auni mengangguk sebelum berlalu kepejabatnya.
“Sarah nak kahwin ye? Dengan sapa? Syamil??” usik Azilia. Sarah sengih.
“tengok tengok ja. Ni butik awak?” soal Sarah cuba menutupi gugup.
“tak. Kakak punya. Saya assistant dia ja kat sini.” Ujar Azilia sambil tersenyum.
“ni kad saya, kalau berminat, boleh telefon sini.” Ujar Auni sekembalinya dari pejabat. Sarah mengangguk sebelum berlalu pergi.
“akak kenal Sarah? Tu Sarah. Kawan Nazrin.” Ujar Azilia sambil membuka plastik berisi jagung rebus.
“entah. baru jumpa tadi.” Jawab Auni selamba.
********************************
“kak, Lia selalu Nampak Sarah tu datang butik kita dengan Syamil. Diorang betul betul nak kahwin ke kak?” Auni yang sedang khusyuk menonton televisyen tersentak.
Dia hanya menjungkitkan bahunya. Dia sendiri tak tahu bagaimana nak bagitau Lia yang sebenarnya mereka datang untuk berjumpanya. Bukan untuk menempah pakaian pengantin.
“tadi Lia ajak Ayen singgah butik. Tapi dia tak mahu. Dia tu makin pelik la kak sekarang ni.”ujar Azilia sambil mengunyah kerepek. Matanya tidak lekang dari memandang televisyen.
“Dia malu kot.” Jawab Auni pendek.
“agaknya la kak. Eh kak. Tadi Lia nak Tanya. Tapi lupa. Siapa yang hantar bunga sejambak atas kaunter pagi tadi? Ros merah pulak tu. peminat akak ea?” sekali lagi Auni tersentak.
“entah. salah hantar kot.” Mana mungin dia beritahu bunga itu dari Nazrin. “dah la. Akak nak tidur. Jangan tidur lewat sangat.” Auni melangkah kebilik.
“tak nak cerita pasal peminat dia la tu.” usik Azilia sambil ketawa.
“diamlah kamu!” Auni melempar bantal kusyen keadiknya.
Auni merenung kad kecil berbunga pink itu.
“It’s sad when the people who gave you the best
memories, become a memory….”
ANH
Dia mengeluh. “saya suka awak. tapi maaf. Adik saya lagi penting.” Ujarnya sebelum tertido.
********************************
“awak still makan tak basuh tangan?” soal Nazrin pada Auni yang baru ingin menyuap makanan. Dia diam.
“awak buat apa kat sini? Lia tak ada.” Jawab Auni. Dia berlalu ke pantry.
“saya cari awak. Bukan Lia.” Jawab Nazrin perlahan. namun masih jelas di pendengaran Auni. Dia telan air liur. ‘pergila. Aku tak nak kecewakan Lia lagi. Dia dah banyak menderita.’ Detik hati Auni.
“Auni.” Panggil Nazrin. Dia cuba mencapai lengan Auni. Namun pantas ditepis.
“pergi la. Saya tak nak tengok awak lagi.”ujar Auni.
Ditahannya air mata dari tumpah. Dia perlu kuat. Andai itu yang mampu untuk berikan kebahagiaan buat satu satunya harta yang dia miliki kini, dia sanggup. Walaupun tindakannya itu akan melukakan dirinya sendiri. Itu janji dia untuk Lia pada hari pengebumian kedua ibu bapa mereka lapan tahun yang lalu. Dan dia takkan sesekali mungkiri janji itu.
“tapi awak tau kan. Yang saya sayangkan awak. Lama saya cari awak.” Pujuk Nazrin. Dia tahu. Auni juga punya rasa terhadapnya.
“tak. Awak suka Lia. Bukan saya.”
“hai kak! Eh. Ayen pun ada sekali? Patut la Lia Nampak kereta Ayen tadi.” Ujar Azilia setibanya dia di butik milik kakaknya. “Ayen cari Lia ea?” soal Azilia manja.
“ha? Erm.” Nazrin masih lagi merenung Auni yang membelakangkannya. Namun pantas tubuh itu berlalu ke pantry.
“kejap ye? Lia hantar barang masuk dalam, lepas tu kita pergi makan. Kejap tau.” Azilia berlalu ke pejabat kakaknya. Nazrin mengangguk.
“ok. Jom.” Dia menarik lengan Nazrin. “kak! Lia keluar dengan Ayen kejap tau.” Auni yang baru muncul dari pantry mengangguk lemah. ‘sabar
Auni Athirah! Sabar.’ Detik hatinya.
******************************
Langkah Auni terhenti apabila terlihat kelibat Nazrin yang basah kuyup dihadapannya. hujan yang lebat seakan akan tidak dihiraukannya.
“saya sayang awak. Bukan Lia!” jerit Nazrin. “saya nak awak selama ni. Bukan Lia!!!” jeritnya lagi.
Auni diam. Masih lagi membisu. Nazrin ingin mendapatkan Auni, namun langkahnya terhenti apabila terlihat kelibat Lia dibelakang Auni. Bungkusan dalam pegangan Lia terlepas. Dia tergamam. Lelaki yang dia suka selama ini sukakan kakaknya. Lelaki yang dia suka itu juga lelaki sama yang selama ini kakaknya cerita. Lelaki yang kakaknya suka sejak kecil. Auni berpaling. Dia sendiri pun turut tergamam. Tiba tiba Lia pantas melintas jalan. Dan Auni Nampak dengan jelas sebuah kereta sedang meluncur laju kearah adiknya. Dia melempar payung yang dipegangnya dan meluru kearah Lia. Lia tercampak ketepi dan dia menjerit apabila melihat kakaknya melambung dilanggar.
“Auni!!!!!!!!!!!!!!” jerit Nazrin kuat. Dia pantas mendapatkan Auni yang terbaring kaku.
“kak!! Kakak!” panggil Lia berulang kali.
“ka.. kak..sa..sa..yang Li..Lia..” ujar Auni perlahan.
“to..to..long ja….ga…Li..Lia…”sambungnya lagi sambil memandang Nazrin yang memangkunya. Nazrin mengangguk.
“ye, saya janji. Tapi awak kena kuat. Tahan Auni!!” Ujar Nazrin panik.
“Auni!” panggil Nazrin apabila tubuh itu tidak bergerak lagi. Dia merenung Lia yang sudah meraung memanggil nama kakaknya.
********************************
“abang!! Cepat ambil Atia ni. Lia nak pergi toilet!” laung Azilia apabila pintu butik dibuka.
“ish budak ni. Orang nak dating pun tak boleh.” Rungut Nazrin. Dia mendapatkan Atia yang ditinggalkan di ruang hadapan butik.
“morning anak papa. Dah sarapan dah?” anak gadis berusia tiga tahun itu mengangguk laju. Nazrin ketawa melihat telatah itu. dengan rambut kerinting bertocang dua, anak itu persis Auni. Senyumannya, rambutnya, mata dan mulutnya. Betul betul copy paste Auni waktu kecil dulu.
“Assalamualaikum.” Ujar satu suara apabila pintu dikuak.
“waalaikumsalam, Nazrin berpaling. “Mil!” ujar Nazrin teruja. Dia memeluk bahu sahabat baiknya itu. “hai Sarah!” Sarah senyum. Malu.
“Atia! Mama mana?” soal Sarah lalu mendapatkan Atia dari pegangan Nazrin.
“kat dalam. Sayang!” laung Nazrin kuat.
“ye. Kejap.” Sahut satu suara. Sarah mendapatkan sekujur tubuh yang baru keluar dari bilik belakang.
“Auni!! Lama tak jumpa. Sarat dah ye.” Sarah memeluk Auni lama. Rindu yang teramat sangat. Auni mengosok perutnya.
“lagi sebulan dia pulak muncul.” Ujar Auni sambil ketawa.
“really? Lelaki atau perempuan?”
“lelaki.” Buntang mata Sarah.
“sepasang la nampaknya. Boleh bagi saya satu.” Selorah Sarah. Mereka mendapatkan Nazrin dan Syamil.
“korang tu bila lagi? Asyik berkepit je aku tengok.” Usik Nazrin sambil memeluk pinggang isterinya.
“ada. Ni. Untuk korang. Jangan lupa datang sebulan awal tau.” Syamil menghulurkan sampul surat pada Nazrin. Nazrin dah tersenyum. Tau dah!
“bila ni? Dua bulan depan? maknanya tak sempat la saya nanti.”ujar Auni sedih.
“sempat. Apa pulak tak sempat. Sarah dah kira dah. insyaAllah, sempat.” Ujar Syamil.
“tahniah!” jerit satu suara dari belakang.
“eh! Mak cik ni pun ada.” Seloroh Sarah.
“mestila. Saya kan pelaris butik ni.” Ujar Azilia sambil ketawa.
“jangan lupa datang butik saya.”
“Auni sponsor.” Ujar Sarah lagi.
“nak free saja.” Usik Auni sambil ketawa.
**Finish**
**terima kasih kerana sudi membaca!!!!**
*jom like Nurrizzwana Cik Zull II* =)

 
-Jack- diambil dari :

Tidak ada komentar:

Posting Komentar